HAJI NORDIN HAJI RAMLI
 
 

Tokoh ulama,ahli fikir dan falsafah Islam terkemuka.Nama sebenarnya Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali.Beliau dilahirkan
Pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi di bandar Tus,Khurasan(Iran).Imam Ghazali meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah bersamaan 1058 Masihi di Tus.Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.
Imam Ghazali berasal daripad keluarga miskin dan pada peringkat awal pendidikan beliau mendapatnya secara percuma.Pada ketika itu beliau mempelajari ilmu fikah.Seterusnya beliau mempelajari ilmu tauhid,mantik,usul fikah dan falsafah serta menyelidik segala pendapat empat mazhabhingga mahir dalam bidang tersebut.Beliau pernah berguru dengan Ahmad al-Razkani dan Abu Nasr al-Ismaili di Jorjan.Beliau juga pernah mengembara ke beberapa tempat seperti Mekah,Madinah,Mesir dan Jerusalem untuk mendalami ilmu falsafah yang di pelajarinya.Beliau telah menulis kitab Ihya Ulum Ad-Din yang telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran umat islam.
Beliau banyak menyumbangkan jasa dalam bidang ilmu pengetahuan.Beberapa hasil karya beliau telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut di pusat pengajian tinggi.Kebanyakan hasil karyanya berbentuk falsafah.Antaranya ialah Mizanul-amal,al-Munkaz mina halal,Tahafut al-Falsafah,Minhajul Abidin,Hidayah al-Salikin dan lain-lain.
 
 


 
 

HAJAH JAMALIAH @ JURIAH ABDUL KAMAT
 
 

Ahli fizik dan falsafah sains Islam Parsi yang terkenal.Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna.Nama sebenarnya beliau Abu Ali al-Husin bin Abdullah,Ibnu Sina.Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Afishah pada tahun 980 Masihi.
Ibnu Sina mendapat pendidikan agama daripada ayahnya sendiri.Kecerdikannya terserlah semenjak beliau masih kecil lagi.Dalam usia sepuluh tahun beliau telah berupaya menghafaz al-Quran dan telah membuat kajian mengenai kesusasteraan bahasa arab.
Ketika berusia 18 tahun,Ibnu Sina membuktikan kebolehannya dalam bidang matematik dan kedoktoran.Beliau menjadi doktor yang terkemuka di Timur dan Barat ketika itu.Sebagai sarjana Islam yang berkaliber ,disamping kebesarannya dalam lapangan ilmu pengetahuan,dia tetap teguh dan menundukkan dirinya kepada Allah S.W.T.Beliau juga menceburi bidang falsafah dan meneruskan usahanya dalam mendalami ilmu tersebut tanpa mengenal erti jemu.
Ibnu Sina juga dikenali sebagai saintis yang banyak memberi saham terhadap dunia pengetahuan melalui penemuan barunya.Contohnya penemuan sumber sungai yang sebelumnya pernah ditemui oleh ahli Yunani dan Romawi,sejak dari Heredotus,Aristotle sehingga Ptolemaios.
Antara karya Ibnu Sina yang mashyur ialah al-Shifa'(sebuah ensiklopedia ilmu fizik dan matematik)al-Kanun fi al-Tibb(satu-satunya buku dalam bidang kedoktoran yang menjadi rujukan terpenting bagi para doktor di Eropah),al-Najab(buku yang membicarakan soal-soal falsafah),al-Isyarat(kepuasan terhadap falsafah secara mendalam),al-Nafat(ringkasan buku al-Shifa') dan al-Musiqa(berkaitan ilmu muzik).
 
 


 
 

HUZAIMIE KAMEL NORDIN
 
 

Ahli falak dan sarjana dalam bidang al-Quran dan sains tabii(biologi,fizik,astronomi dan perubatan).Beliau dilahirkan pada tahun 1126 di Cordovo dan meninggal dunia pada tahun 1198 di Marrakesh.Ibnu Rushd atau nama sebenarnya Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad berasal dari keturunan bangsa sepanyol dan terdidik dalam keluarga yang berilmu.Antara gurunya ialah Abu Jaafar Harun al-Hajali,Hafiz Abu Muhammad bin Rizq dan lain-lain.Sejarah dan riwayat hidup Ibnu Rushd banyak disebut dalam Takmilah oleh Ibnu al-Abbar.
Pada tahun 1169,Ibnu Rushd dilantik sebagai kadi di Seville.Pada tahun 1182,beliau dilantik sebagai ketua ulama fizik kepada Abu Ya'kub Yusuf yang memerintah antara tahun 1163-1184 di Marrakesh.Kemudian menjadi kadi di Cordovo.
Pendekatan Ibnu Rushd dalam falsafah adalah melalui teori sains.Pendekatan beliau hampir sama dengan pendekatan Ibnu Tufayl.Namunbegitu falsafah Ibnu Rushd banyak dipengaruhi oleh falsafah Aristotle dan al-Farabi.Karya-karya Ibnu Rushd banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Hebrew.
 
 


 
 

HUZAIDAH NORDIN
 
 

Tokoh falsafah Islam keturunan Turki.Al-Farabi dilahirkan pada tahun 870 Masih di Turkestan.Nama sebenarnya Abu Nashar Muhammad bin Muhammad bin Turkhan bin Uzlogh.Beliau adalah anak seorang panglima di Asia Tengah.Beliau boleh menguasai beberapa bahasa,ilmu keagamaan,falsafah,fizik dan matematik.Dalam mencari ilmu pengetahuan,beliau bukan sahaja berguru pada guru muslim,malah pada beberapa guru bukan Islam seperti Yuhana bin Hailan dan Abu Baysri Matta bin Yunus yang beragama kristian.
Karya al-Farabi mencakupi pelbagai bidang.Bagaimanapun beliau lebih menonjol dalam bidang falsafah sehingga mendapat jolokan al-Mu'alim Assani atau guru yang kedua.Guru pertama ialah Aristotle.Al-Farabi banyak menterjemahkan karya Aristotle ke dalam bahasa Arab dan membukukannya secara lebih sistematik.
Falsafah al-Farabi mempunyai corak dan tujuan yang berbeza.Beliau mengambil idea failasuf sebelumnya dan membentuknya kembali sesuai dengan lingkungan kebudayaan baru agar lebih sistematik dan selaras.Beliau berjaya menjelaskan logik Aristotles kepada bangsa Arab dengan mengambil contoh dan istilah yang biasadalam bahasa Arab.Bagi al-Farabi,falsafah merupakan satu kesatuan.Tujuannya hanya satu,iaitu mencapai kebenaran.Al-Farabi berpegang kepada prinsip bahawa kebenaran agama dan falsafah adalh satu tidak bertentangan.Beliau juga menyatukan politik dan etika seperti terungkap dalam karyanya al-Madinatul-fadhilah(kota utama).Al-Farabi meninggal dunia pada tahun 950 Masihi.
 
 


 
 

HAIZANI NORDIN
 
 

Tokoh Islam yang terkemuka dan terkenal dengan konsep atau faham Wahdah al-wujud.Nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Ali.Beliau juga dikenali sbagai Syeikh al-Akhbar.Di Sepanyol beliau digelar Ibnu Suraka,tetapi di negeri sebelah timur beliau lebih dikenali dengan nama Ibnu Arabi.
Ibnu Arabi dilahirkan pada 28 Julai 1165 di Murcia,Sepanyol.Pada tahun 1172,beliau berpindah ke Seville dan tinggal selama 30 tahun.Disana beliau mempelajari ilmu fikah dan hadis.Pada tahun 1194,beliau pergi ke Tunis,kemudian ke negeri sebelah timur.Dalam perjalanan ini bliau singgah di Mesir,Mekah,Asia Minor dan Syria.Akhirnya beliau tiba di Damsyik dan meninggal dunia disana pada bulan Oktober 1240.
Ibnu Arabi menghasilkan 200 buah karangan, antaranya al-Futuhat al-Makkiyyah dan Fusus al-hikam.
 
 


 
 

HAIRULZAMAN NORDIN